Like Blog Saya =)

Naem Sallehuddin

Iklan : Ayamazz Roti Impit (Cafe Kapas) UiTM Dungun, sila lah datang beli-beli kat kedai aku.




Entah dari mana aku nak mula pon aku tak tahu, kadang-kadang jadi student ni memang pekara yang paling menyeronokkan berbanding masuk bidang pekerjaan. Tetapi, aku tak berapa nak enjoy belajar. Nak kata tak ikhlas belajar, aku rasa dah cukup ikhlas dah. Jadi, aku pon tak ada lah nak bumbang-bumbang banyak pasal belajar ni, sebab sem ni sem paling pelik dan paling busy penah aku lalui.


Pertama sekali, sem ni, aku tak tangkap lagi ape yang aku belajar, sungguh pon begitu tak pulak aku tak ambil tahu. Cuma markah-markah test aku melambangkan kemampuan aku sebagai student degree semester ke-4. Nak tak nak, degree wajib diteruskan.


Waaaalauuu weehhhh.. Lecture berpangkat macam-macam, dorang punya expectation terhadap student dorang TERsangatlah tinggi, maybe mentaliti dengan ilmu dorang dah tinggi, jadi dorang harap pelajar dorang pon punyai ilmu tahap yang sama. Jadi, kami pon berjuang laa walaupon tak cukup kertas nak baca. Baca dan tak pernah faham. *sedeh*

2 minggu lepas aku kena demam yang sangat teruk dalam hidup aku. Sebab demam package, Demam + Batuk + Pening Pale + Sesema + Sakit Tekak. 2 kali aku kena ambil darah kat Klinik UiTM ni hah, dapat lah MC 3 hari. Ini semua punca aku balik dari Singapore. Tetiba kena demam. Al-Maklum lahh, tak biasa cuaca di negara jiran kan.. *gelak*

Minggu lepas aku kena migrain sangat teruk, migrain ni melekat sampai sekarang walaupun dah secara perlahan beransur. Tak sangka pulak migrain penyakit yang sangat teruk. Akibatnya aku rasa sakit kepala tahap kritikal sampai rasa nak muntah, kadang-kadang berdenyut-denyut, Muka tahan sakit. Tapi sempat senyum.. Hobi aku kan senyum =)
Selasa submit assignment, Rabu satu test, Khamis dua test. <-- Lagi bertambah pressure. Tapi sebagai student, aku harung je walaupon huru-hara hidup.



p/s : parah jugak wat assignment last minutes ni. *gelak*

Minggu ni submit assignment dengan 2 presentation dan 2 test. Aku baca benda yang tak keluar test pekara yang paling menyengat kat kepala aku. Takpe lah, benda dah lepas.

Next week, sebelum cuti study week ni, ada lagi dua test dengan submit assignment termasuk assignment.

RESTLESS 

Labels:
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...