Like Blog Saya =)

Naem Sallehuddin


Salam, aku sedang mencari penyewa bilik untuk rumah yang aku sedang sewa, Harga aku sewa rumah ini RM450/sbln, tidak termasuk api dan air serta strymyx.

--> Rumah Berhampiran dgn UiTM Dungun, Terengganu.
--> 3 blk dan 2 blk air, dapur dsb.
--> Halaman luas. mudah parking kereta.
--> Student UiTM diutamakan.

Contact aku kalau berminat : 012 3166757 Naem
Naem Sallehuddin
  • Blackberry Curve 9300 Original untuk dijual.
  • Set baru, original dan masih dalam kotak.
  • Set waranty daripada Celcom dan Brigthstar.
  • Hadiah daripada Celcom.

  • Harga : RM 699 atau 1 Dinar (RM 70 akan dipulangkan). Terima Dinar Kelantan dan Dinar Public Gold. 
  • *Syiling Emas / Gold Bullion dan Gold bar 5g juga diterima (baki tunai akan dipulangkan).

  • Call @ SMS : 019-502 0006 (selepas pukul 3 petang)
Naem Sallehuddin


Aku dah pun upload gambar ini di FaceBook aku, tetapi tidak post macam gambar-gambar lain, kesilapan technical.. So, aku tak dapat apa pandangan rakan FB aku aku.

~Tahun 2005~
Dulu masih tergar dalam ingatan masa aku baru habis SPM. Perasaan membuak-buak hendak cari pendapatan sendiri sementara tunggu keputusan SPM keluar dengan tunggu panggilan dari IPTA.. IPTS semua-nya aku tolak dan abaikan. Sebab IPTS mahal, So, akan merugikan aku akan datang.

Ok... Masuk bab yang aku cari kerja. Aku pergi dengan kawan satu sekolah aku. Musatafa, beliau seorang yang hebat, belajar sangat pandai. Aku kelas Sains Tulen kelas C. Tapi dia kelas A. Hebat. Now aku kt UiTM lagi. Tapi beliau dah hampir habis degree architecture.
Masa cari kerja banyak jugak yang aku terjah dan ambik borang. Semua-nya dalam Mid Valley. Then, aku Last sekali aku singah di Nando's Restaurant sebab ada Job Vacancy kat situ. Masuk then manager bagi borang. Kena interview kami berdua.

Masa interview aku, dia tanye.
Manager : Awak datang dengan apa?
Naem : Public Transport.
Manager : Kalau saya bagi aku kerja, awak ada masalah dengan jadual tak?
Naem : tak ada kak.
Manager : balik lewat malam boleh? awk duduk mana?
Naem : University Malaya. balik lewat boleh.... janji boleh dapat kerja.
Manager : ok.. kalau macam tu, nanti saya info awak balik next week.

*dalam hati aku, : lama-nya nak kena tunggu.. kena cari kerja lain ni, macam kompem tak dapat.
Aku tanya Mus, camne ok tak? Dia jawab ok. Tapi Mus hanya teman aku je, dia memang taknak kerja. Mus anak orang kaya. So, aku rasa beliau tak ada masalah pasal duit.

Dah keluar dari Nando's, kami pun balik lepas-lepas makan.

Sampai rumah aku pun macam biasa rehat sampai tertidur. Penat sangat kan.

Esok aku bangun aku dapat call terus. Manager Nando's tanya aku free ke tak. Aku jawab free je kak.. Then dia suruh aku masuk keje esok. Wow.. Rezeki beb!!! Tapi aku tak pernah tanye pasal gaji. smpai lah seminggu aku dah kerja baru aku tanye.

~Masuk Kerja~
Awalnya Manager kata aku kerja 5jam ajer. Tapi dekat dengan kol 5.00 malam, dia tanye kalau awak kerja sampai kol 10.00 mala boleh?? Aku jawab boleh..
p/s : hari pertama aku dah kerja 10 jam.. Overtime 2jam.
Kena Buli aku satu hari... huhu

Ape!? korang tanye : Penat x??
Ofcos penat giler, lunyai aku. Tapi tak apa, sebab semangat...

Bersambung...
Naem Sallehuddin

Iklan : Ayamazz Roti Impit (Cafe Kapas) UiTM Dungun, sila lah datang beli-beli kat kedai aku.




Entah dari mana aku nak mula pon aku tak tahu, kadang-kadang jadi student ni memang pekara yang paling menyeronokkan berbanding masuk bidang pekerjaan. Tetapi, aku tak berapa nak enjoy belajar. Nak kata tak ikhlas belajar, aku rasa dah cukup ikhlas dah. Jadi, aku pon tak ada lah nak bumbang-bumbang banyak pasal belajar ni, sebab sem ni sem paling pelik dan paling busy penah aku lalui.


Pertama sekali, sem ni, aku tak tangkap lagi ape yang aku belajar, sungguh pon begitu tak pulak aku tak ambil tahu. Cuma markah-markah test aku melambangkan kemampuan aku sebagai student degree semester ke-4. Nak tak nak, degree wajib diteruskan.


Waaaalauuu weehhhh.. Lecture berpangkat macam-macam, dorang punya expectation terhadap student dorang TERsangatlah tinggi, maybe mentaliti dengan ilmu dorang dah tinggi, jadi dorang harap pelajar dorang pon punyai ilmu tahap yang sama. Jadi, kami pon berjuang laa walaupon tak cukup kertas nak baca. Baca dan tak pernah faham. *sedeh*

2 minggu lepas aku kena demam yang sangat teruk dalam hidup aku. Sebab demam package, Demam + Batuk + Pening Pale + Sesema + Sakit Tekak. 2 kali aku kena ambil darah kat Klinik UiTM ni hah, dapat lah MC 3 hari. Ini semua punca aku balik dari Singapore. Tetiba kena demam. Al-Maklum lahh, tak biasa cuaca di negara jiran kan.. *gelak*

Minggu lepas aku kena migrain sangat teruk, migrain ni melekat sampai sekarang walaupun dah secara perlahan beransur. Tak sangka pulak migrain penyakit yang sangat teruk. Akibatnya aku rasa sakit kepala tahap kritikal sampai rasa nak muntah, kadang-kadang berdenyut-denyut, Muka tahan sakit. Tapi sempat senyum.. Hobi aku kan senyum =)
Selasa submit assignment, Rabu satu test, Khamis dua test. <-- Lagi bertambah pressure. Tapi sebagai student, aku harung je walaupon huru-hara hidup.



p/s : parah jugak wat assignment last minutes ni. *gelak*

Minggu ni submit assignment dengan 2 presentation dan 2 test. Aku baca benda yang tak keluar test pekara yang paling menyengat kat kepala aku. Takpe lah, benda dah lepas.

Next week, sebelum cuti study week ni, ada lagi dua test dengan submit assignment termasuk assignment.

RESTLESS 

Naem Sallehuddin

Ni hah gambar kaki.. means kuat bekerja.. hehe

Masa yang aku tunggu, dah nak dekat ni. Aku memang tunggu budak diploma uitm dungun ni masuk balik sebab boleh aku buka kedai aku balik. Tapi masa ni lah jugak banyak gila asigment dengan test. Susah jugak jadi budak degree ni.

Dulu masa diploma aku. Aku relax je belajar. Nak jadikan cerita dari Kolej Gemia tu aku jalan kaki je ke kelas. Jauh tak jauh aku langkah je kaki. Dulu tak macam sekarang, ada bumbung bagai. Student tak kena panas terik. Hitam legam laa aku dulu menapak nak menuntut ilmu punya psal. Tapi tak lah busy macam degree. Hari-hari ada presentation... Hari-hari nak ada asigment nak kena hantar... Hari-hari aku blur dalam kelas.. haha
p/s: ala,,, budak-budak lain pon blur gak aku rasa... cuma buat-buat bijak je.. =P

Cabaran :
Budak diploma masuk... Aku nak kena buka kedai... Sekarang tengah sebuk wat iklan cari pekerja. Siapa lah yang boleh jaga kedai aku ni.. Jangan asek short aje sudah.. Kalau hari-hari short, bulan ratus ringgit jugak aku rugi.. Stok barang ada lagi ni.. Yang tak ada pembeli dengan pekerja jer ni..

Time macam ni jugak lah assigment banyak nak kena submit.. Wekend ni aku ada seminar buat website pulak. Adoi... Dua hari pulak tu. Tapi takpe.. Kerana iLmu aku sanggup berkorban..
Ayat-ayat.. haha

tu wekend ni. dah dua minggu depan pulak ada trip ke Singapore... Ades... Duit agi.. Kopak lah duit saving aku..
"Duit oh duit.. kemana kau duit..." *singing*

Supper dupper Busy~!!!
sedar tak sedar lagi 6minggu je lagi nak final exam.. Part 4 Degree Marketing UiTM ni..
rasa macam sekejap je masa berlalu.
Biznes + Degree + Hidup = Restless.

Tapi......
Biznes + Penat = Duit
Duit = Gembira

jadi macam mana pon aku kena jugak berusaha untuk cari duit.
Aku dah lama tak mintak duit dari parent. dah 3 tahun lebih rasa nya.
Yelaaa... parent aku tak sama macam parent korang.. Call ajer boleh bank in duit dalam bank... boleh mintak je bape hengget yang korang nak.. senang citer aku bukan anak orang kaya. dan adik-beradik aku ramai. So, aku motivasikan diri aku supaya tidak menyusahkan parent aku. Sebab aku ada 9 orang adik-beradik. Dorang lebih memerlukan. Aku boleh cari sendiri.. ALLAH sentiasa bantu aku. =)

Apa-apa pon terima kaseh sebab sudi baca. =))
Naem Sallehuddin

Macam-macam sekarang ni, kalau kita-kita ni, yang kaki online minat biznes banyak aje benda yang dalam tenet ni boleh adaptasi.. Ni antara contoh pengemar FaceBook, biznes pon nak kene cilok idea beb. Jadi, macam ini lah hasilnya. hehe.
 Tak silap aku kedai ini kat Germany.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...